扫二维码下载到手机
纠错举报关闭纠错举报
我站仅对该软件提供链接服务,该软件内容来自于第三方上传分享,版权问题均与我站无关。如果该软件触犯了您的权利,请点此版权申诉。
+ 展开全部 应用介绍
Susunan tafsir Al-An'aam ini adalah penerbitan seterusnya selepas surah-surah yang telah diterbitkan, dan insyaAllah surah berikutnya akan menyusuli tidak berapa lama lagi. Semoga susunan-susunan tafsir ini memberi manfaat kepada kita semua.Sesungguhnya susunan-susunan tafsir ini adalah susunan yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu.Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati.Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat.Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah:1.Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi2.Jami' Al-Bayan 'an Ta'wil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari3.Al-Jami' li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi4.Adhwa'ul Bayan oleh Syaikh Asy-SyanqithiKitab-kitab tafsir lain:1.Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy2.At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah3.Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb4.The Noble Qur'an oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan5.Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally6.Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. HamkaTerjemahan kepada semua ayat-ayat Quran disemak dan diperhalusi untuk lebih menetapi kehendak i'rab Al-Quran.Teguran dan perbincangan dari pembaca-pembaca adalan amat dialu-alukan, dan penyusun dapat dihubungi melalui e-mail tafsir@abuhaniff.com.
应用截图
你可能还会喜欢
发表评论共有 0 条软件评论
- 本软件还没有玩家发表评论,快来抢占沙发吧:)